Sunday 29 September 2013

Home alone~

Hai and Assalamualaikum semua :) Aku hari ni hari isnin 30hb 9. Hari yang terakhir dalam bulan 9. Wah kejap jeh kan masa berlalu? Dah nak habis bulan 9. Lepas tuh bulan 10 semua busy sebab nak exam. Huhh. Okay hari ni aku sorang sorang dekat rumah. Seriously bored -.- Yang lain semua sekolah. Aku di cuti kan selama seminggu sebab pmr. Haish ingat cuti lama lama ni best ke? Bosan tahu bosan -.-

Okay cikgu ada bagi homework suruh buat. Sikit? Jangan cakap lah sikit. Banyak gilaaaaa :3 Lagi lagi math. Kay memang aku suka buat math pun :3 Cikgu bagi banyak banyak macam murid murid rajin sangat jeh nak buat. Nanti last last berbincang jugak dalam kelas nak buat macam mana. Budak zaman sekarang ni bukan macam zaman dulu. Dulu kalau tak siap homework takut kena rotan dengan cikgu. Tapi sekarang ala buat lek jeh lah kan? Kalau cikgu tak garang lagi lah tak nak buat. Tak pun dah last day cuti baru buat homework. Jauh berbeza sekarang dengan dulu. Okay lah perut aku pun dah buat consert ni. Minta di isi. Nanti ada masa aku cotcet lagi dekat sini. Bye :)