Wednesday, 11 December 2013

hm :(

hm hai. okay hari ni aku tak ada mood sangat :( nak story lah ni. okay esok aku balik kampung. kampung aku dekat perak. aku balik selama 4 hari. so sekarang aku rasa sedih sebab dekat sana nanti susah nak ada line. so tak boleh online, whatsapp dan macam macam. kalau nak text? hm line kejap ada kejap tak ada jeh.

dia cakap dia akan rindu aku sangat sangat. yelah 4 hari tak boleh text, online, otp. omg! aku pun akan rindu dia dengan kawan kawan aku. hm serius rasa serba salah nak balik. tapi tak kan lah aku tak balik? nanti apa pulak diaorang cakap? hm :( aku harap sangat yang bila balik nanti ada line. kalau tak dapat online, text pun jadi lah. dapat jugak lepas kan rindu. and dia cakap 4 hari tuh macam 4 tahun. hm lagi lah rasa macam !#$%^&*. awak buat saya rasa bersalah :( hm insyaallah kalau dekat sana ada line kita text eh? hm hm  :( arahhhhhhhhhh k bye :(((

*SORRY CERITA PENDEK SANGAT. NOT IN MOOD*

Monday, 9 December 2013

Haiii !

Hai and assalamualaikum :) fuhhh fuhhhh! Dah lama tak update blog dah berhabuk blog ni. Haiiiiiiiiii! :D *lambai tangan* hahaha. Ingat aku lagi tak? Mesti ingatkan? Tak kan lupa pulakk :P Firstly, aku nak mintak maaf sebab dah lama sangat tak update blog. Ramai yang tanya khabar pasal blog ni. Hehe sorry lah kawan, aku busy sikit + malas nak update. Kehkehkeh. Nak update pun kena ada mood jugak kan? So tak ada mood tak boleh buat apa lah :p maaf ya maaf.

Orang pertama yang asyik suruh aku update blog jeh ialah kakak aku. Aku tak macam dia. Dia rajin update blog ni. Macam macam cerita dia share. Lagi lagi pasal JEP SEPAHTU tuh. Hari hari tengok gambar jep. Haiyaa tak bosan ke? :3 peminat setia jep katanya. Hahaha. Sehari kalau tak tengok tak sahh! And dia sanggup beli baju JEP SEPAHTU FC. Perhh perhh~ 40ringgit tuhh. Minat punya pasal kan? Apa lah sangat 40ringgit tuh. Biar lah dia kan? Duit dia bukan duit aku.

Hah okay okay. Masuk topik pasal balik kampung ni kan? Aku suka sangat kalau balik kampung. Dapat jumpa orang kampung. Bukan selalu pun balik kampung. Setahun dua tiga kali jeh. Cuti sekolah pun tak selalu balik. Maklum lah kampung aku bukan nya dekat pun. Ayah pahang, ibu perak. Tapi kan? Satu jeh aku tak suka kalau balik kampung ni. Nak tahu sebab apa? Hah line tak ada -.- Macam duduk dalam hutan jeh rasa. Line satu bar pun susah nak dapat. Kena pergi pekan baru line penuh. Aduhhh susah gila macam tuhh. Emergency nak call or text ke memang tak dapat.

Tahun ni aku raya dekat perak. Yeahh memang best gilaaa. Tapi kepishangan sebab line tak ada. Nak text dengan orang tersayang pun susah. Cehhh hahaha :D Lepastuh dapat text dari orang yang text kita tuh pun tak tentu masa. Cuba bayangkan kalau orang tuh text kita pukul 1petang, kita dapat text orang tuh dah lewat sangat. Tak ke angin? Lagi kalau nak reply text. Haiyaa kena cari line baru boleh send. Nak online lagi lah tak boleh :3 Tuh jeh satu sebab aku tak suka balik kampung :3 Hahaha okaylah. Aku pun dah malas nak taip panjang panjang lagi. Nanti kalau ada masa or rajin aku update lagi. Byee :D

Sunday, 27 October 2013

Cedih :/

Hai assalamualaikum semuaa :) selamat petang ahad. Ahahaha :) So sekarang aku tengah free plus tengah rajin. Boleh lah nak menaip ni. Okay hari ni hari ahad dan esok hari isnin. Rasa sedih sebenarnya sebab sekolah tinggal dua hari jeh lagi untuk tahun 2013 :/ Kelas aku sekolah sampai hari selasa ni jeh. Last day exam last day sekolah. Sama macam tahun lepas. Tahun lepas tuh last day last exam.

Pejam celik pejam celik dah tinggal 2bulan jeh untuk tahun ni. Cepat betul masa berlalu kan? Rasa sedih nak tinggalkan tahun ni. Banyak gila kenangan. Macam macam dah terjadi dalam tahun 2013 ni. Tahun ni last day aku sekolah sesi petang. Tahun depan dah pagi. Dah tak boleh nak bangun lambat lagi. Jumpa cikgu baru. Mama papa baru, drama baru dan macam macam lagi.

Hope tahun depan aku dengan geng geng aku satu kelas macam tahun lepas lepas. Tak nak lah pecah kelas. Tak best tak ada geng yang satu kepala :/ Nanti kelas tak gegar :D dari form1 dah satu kepala tetibe form3 kena pecah kelas pulak :3 apadaa tak nak sekolah lah macam ni :p hahahaaa. Okay lah geng, stop sampai sini jeh. Ada kerja nak kena buat ni. Nanti free, aku cerita pasal lain. Bye :)

Tuesday, 1 October 2013

Happy 5monthsary Sayang ♥

Hai alls :) Today 2/10/2013. Happy 5monthsary to me and my sayang ♥ Alhamdulillah dah masuk 5bulan :) Ala bagi korang 5bulan ni kejap jeh kan? Tapi bagi aku tetap bermakna. Sepanjang 5bulan ni macam macam benda yang dah berlaku antara aku dengan dia. Biasa lah kan setiap perhubungan mesti ada dugaan. Pahit manis semua kena lalui.

Walaupun dah 5bulan aku couple dengan mirul ni tapi kitaorang baru 2kali jeh date tahu? Hahahaa. Tipu? :o serius tak tipu. Betul baru 2kali. Yelah masing masing busy. Sorang sekolah dekat puchong and sorang sekolah dekat shah alam. Kalau nak jumpa pun hari sabtu jeh. Tuh pun dia kerja. Dapat usya usya dari jauh jeh. Uhuks uhukss :'/ Tapi tak apa aku dah biasa and aku faham dengan dia :) Dia kena tolong family dia kerja. Baik kan dia? Well well tengok lah pakwe siapa :*

Okay mirul ni dia seorang yang macam mana? Hm ciri ciri dia first sekali baik, caring, penyayang, tinggi orang nya, buncit, nampak macam ganas tapi dia manja sebenarnya. Suka merajuk and aku kena banyak mengalah dengan dia :p walau apa pun aku tetap sayang dia ♥ hehehe dia ada bagi aku gelang :D dia beli time date kali ke 2. Pusing pusing dengan dia dekat ______ hahahaha secret place :p time date tuh serius malu sangat. Ramai sangat orang dekat situ. Time date tuh aku main fon sebab malu punya pasal :3 hahaha kesian diaa. Lepas dia tunjuk gelang tuh aku terus ambik masukan dalam beg. Kalau boleh nak jeh tutup muka. Arhhh rasa macam nak meletop. Hehehe thank you bie sebab bagi gelang tuh. Hm sayang tak bagi bie pape pun kan? :/ jahat nya kita. Takpe takpe nanti sayang beli kan eh? Jangan risau :* Cuti sekolah jeh mesti sayang akan pakai gelang tuh. Bila pakai rasa bie dekat dengan sayang :)

Ehem bie, sayang nak ucapkan terima kasih sebab sayang sayang, cintakan sayang. Sayang tahu yang sayang tak sempurna mana pun. Tapi sayang rasa sempurna bila ada bie. Bie buat dunia sayang sempurna. Sayang minta maaf if sayang ada buat bie sakit hati and macam macam lagi. Sorry sesangat okay? :) Sayang harap kita kekal sampai akhir nafas. Semoga bie jadi yang terakhir orang yang sayang sayang. Insyaallah :') Sayang sayang bie sangat sangat! ♥

Ni gelang dia. Biasa tapi bermakna buat aku :) 
hhlhj
tatime

Sunday, 29 September 2013

Home alone~

Hai and Assalamualaikum semua :) Aku hari ni hari isnin 30hb 9. Hari yang terakhir dalam bulan 9. Wah kejap jeh kan masa berlalu? Dah nak habis bulan 9. Lepas tuh bulan 10 semua busy sebab nak exam. Huhh. Okay hari ni aku sorang sorang dekat rumah. Seriously bored -.- Yang lain semua sekolah. Aku di cuti kan selama seminggu sebab pmr. Haish ingat cuti lama lama ni best ke? Bosan tahu bosan -.-

Okay cikgu ada bagi homework suruh buat. Sikit? Jangan cakap lah sikit. Banyak gilaaaaa :3 Lagi lagi math. Kay memang aku suka buat math pun :3 Cikgu bagi banyak banyak macam murid murid rajin sangat jeh nak buat. Nanti last last berbincang jugak dalam kelas nak buat macam mana. Budak zaman sekarang ni bukan macam zaman dulu. Dulu kalau tak siap homework takut kena rotan dengan cikgu. Tapi sekarang ala buat lek jeh lah kan? Kalau cikgu tak garang lagi lah tak nak buat. Tak pun dah last day cuti baru buat homework. Jauh berbeza sekarang dengan dulu. Okay lah perut aku pun dah buat consert ni. Minta di isi. Nanti ada masa aku cotcet lagi dekat sini. Bye :)

Saturday, 28 September 2013

Hai and Assalamualaikum :)

Hai and Assalamualaikum semua :) Dah lama tak update blog. Semenjak laptop ni ting tong, terus malas nak update dah. Lain satu sekarang ni pun dah busy. Nak akhir tahun dah kan? Exam pun dah dekat. Macam macam kena buat. Semua kena siap kan sebelum cuti.

Ni pun sebenarnya tak rajin nak update tapi disebab kan kakak aku bising bising suruh update. So aku sebagai adik yang dengar kata ni pun update lah. Hahaha dengar kata ke? :p Kalau nak cerita pun mesti kena ada cerita kan? Ni kalau tak ada cerita nak cerita apa? Haiyaa. Eh eh, lupa lah nak tanya. Korang semua sihat tak? Kalau tak sihat makan ubat tahu? Ni pun aku baru lepas baik demam. Lama jugak aku demam kali ni. First tahu demam lama. Ada dalam seminggu macam tuh lah. Kakak aku cakap aku demam rindu. Teetttttt! Apa demam rindu ni? Tak ada maknanya -.-

Korang, sekarang dah dekat bulan 10. Cepat kan masa berlalu. Sangat lajuuuu. Kejap jeh lepas tuh dah tahun baru. Umur pun makin meningkat. Lama lama tua. Hahaha okay apa aku merepek ni? :3 Okay lah korang semua. Insyaallah petang nanti aku update blog lagi. Aku nak mandi dulu. Hahaha dah pukul 12 tak mandi lagi. Apa punya anak dara lah ni -.- Kbye  :*

Thursday, 11 July 2013

Imissyou Bie :'(

Hai and assalamualaikum :) Korang puasa tak? Baguslah kalau puasa. Yang tak puasa tuh nanti ganti balik tahu? :* Hari ni hari yang kedua kita puasa. Alhamdulillah aku still penuh lagi ^^ Sepanjang dua hari puasa ni, aku tak rasa haus pun cuma lapar jeh. Kawan kawan mengadu cakap haus. Hehe kesian korang :) Nak tahu kenapa aku tak haus? Hah sebab setiap malam aku akan minum satu botol besar air. Hahaha banyak kan? :D Sebab tuh lah aku tak haus bila pergi sekolah. Aku dah simpan banyak air dalam badan :) Ikut lah cara aku ni confirm tak haus. Insyaallah :)

Okay sekarang aku nak cerita pasal hmm my boyfriend :) Serius aku rindu gila dekat dia :( Minggu ni tak dapat text pun. Dua dua takde kredit. Aduh pishang betul :3 Nak tunggu dia online? perh memang berjanggut lah jawabnya. Maybe dia busy kot. Biasa lah kan? budak pandai ann? :p hahaha. Arhhhh! rindu dekat dia sangat sangat! :'/ agak agak nya dia rindu dekat bambam dia ni tak? tengok macam tak rindu jeh. Hahahahahaa memandai jeh aku ni :3 Entah entah dia rindu dekat aku setengah mati mana tahu kann? :D Cewahh xD

Hmm hmm hmm sebenarnya kan hmm hmm hmm sebenarnya... Hmm saje buat saspen xD Sebenarnya hati ni ada lah jugak cakap TERINGIN NAK BERBUKA DENGAN DIA. Hahaha nampak? :P Hmm yup memang teringin pun tapi bila fikirkan balik maybe tak dapat berbuka dengan dia :/ Yelah bila nak jumpa? Sekolah dah lah lain lain. Kalau dia balik sini pun, dia kena tolong family. So takde masa. Hmm sokay lahh. Lupakan jeh lah niat dekat hati ni :') Buang jauh jauh. Nyahhh kauu! :'D

Blaablaablaablaa~ Dah abaikan yang atas tuh :) Tak penting pun. Bie, sayang rindu bie :( Nak text tapi kredit takde. Hmm terpaksa tahan rindu dekat bie :'/ Bie rindu dekat sayang tak? Macam tak jehh. Ececehh sayang gurau okayy? :D Sayang tahu bie pun rindu dekat sayang kan? aummm ^^ hahaha. Okay lah dah mengantuk ni. Bye bie. Assalamualaikum bie :) Sayang bie :*