Saturday, 28 September 2013

Hai and Assalamualaikum :)

Hai and Assalamualaikum semua :) Dah lama tak update blog. Semenjak laptop ni ting tong, terus malas nak update dah. Lain satu sekarang ni pun dah busy. Nak akhir tahun dah kan? Exam pun dah dekat. Macam macam kena buat. Semua kena siap kan sebelum cuti.

Ni pun sebenarnya tak rajin nak update tapi disebab kan kakak aku bising bising suruh update. So aku sebagai adik yang dengar kata ni pun update lah. Hahaha dengar kata ke? :p Kalau nak cerita pun mesti kena ada cerita kan? Ni kalau tak ada cerita nak cerita apa? Haiyaa. Eh eh, lupa lah nak tanya. Korang semua sihat tak? Kalau tak sihat makan ubat tahu? Ni pun aku baru lepas baik demam. Lama jugak aku demam kali ni. First tahu demam lama. Ada dalam seminggu macam tuh lah. Kakak aku cakap aku demam rindu. Teetttttt! Apa demam rindu ni? Tak ada maknanya -.-

Korang, sekarang dah dekat bulan 10. Cepat kan masa berlalu. Sangat lajuuuu. Kejap jeh lepas tuh dah tahun baru. Umur pun makin meningkat. Lama lama tua. Hahaha okay apa aku merepek ni? :3 Okay lah korang semua. Insyaallah petang nanti aku update blog lagi. Aku nak mandi dulu. Hahaha dah pukul 12 tak mandi lagi. Apa punya anak dara lah ni -.- Kbye  :*