Sunday 27 October 2013

Cedih :/

Hai assalamualaikum semuaa :) selamat petang ahad. Ahahaha :) So sekarang aku tengah free plus tengah rajin. Boleh lah nak menaip ni. Okay hari ni hari ahad dan esok hari isnin. Rasa sedih sebenarnya sebab sekolah tinggal dua hari jeh lagi untuk tahun 2013 :/ Kelas aku sekolah sampai hari selasa ni jeh. Last day exam last day sekolah. Sama macam tahun lepas. Tahun lepas tuh last day last exam.

Pejam celik pejam celik dah tinggal 2bulan jeh untuk tahun ni. Cepat betul masa berlalu kan? Rasa sedih nak tinggalkan tahun ni. Banyak gila kenangan. Macam macam dah terjadi dalam tahun 2013 ni. Tahun ni last day aku sekolah sesi petang. Tahun depan dah pagi. Dah tak boleh nak bangun lambat lagi. Jumpa cikgu baru. Mama papa baru, drama baru dan macam macam lagi.

Hope tahun depan aku dengan geng geng aku satu kelas macam tahun lepas lepas. Tak nak lah pecah kelas. Tak best tak ada geng yang satu kepala :/ Nanti kelas tak gegar :D dari form1 dah satu kepala tetibe form3 kena pecah kelas pulak :3 apadaa tak nak sekolah lah macam ni :p hahahaaa. Okay lah geng, stop sampai sini jeh. Ada kerja nak kena buat ni. Nanti free, aku cerita pasal lain. Bye :)